Apr 8, 2014

Everything Has Changed

salam

 Dear all my chagiya,



 this is CUTE overloaded !!!

 

 


 annyeong...
salam indah dari kite ~

Dec 19, 2013

GOLD medal football Sea Games 2013

Salam,
Dear all my chagiya,

Nak cerita pasal bola kali ni, entah la. Bukan kecewa sebab tak ke Final Sea Games 2013. Bukan sedih sebab tak dapat hatrik emas Bola Sepak di Sukan Sea. Tapi, kosong bak kata lirik dari lagu Najwa Latif.



Entah kenapa, kite kira mereka lebih layak menang. Entah kerana terkesan dengan sujud syukur yang kerap kali hadir dari pemain Indonesia. Atau kerana kehebatan penjaga gawangnya, Kurnia Meiga. Atau mungkin ada ruang2 sepi dalam perlawanan kali ni.

Adakah Harimau Muda hilang fokus? Was something wrong with the field? [kerap kali kite lihat pemain negara seperti tergelincir], Kucar-kacir di barisan pertahanan, longgar di bahagian tengah, dan tumpul jentera serangan, membuatkan skuad negara nampak seolah-olah Harimau yang jinak. Mungkin mereka kepenatan agaknya. [+ve thinking]

I dont feel frustrated. It was just like, "Ohh, we dont make it to the final. Hrmm..." Satu luahan kosong.

Memang ada beberapa perkara yang sampai kini kite perdebatkan seorang diri. Tapi siapalah kite yang hanya observer, peminat boal sepak dan pencinta Tanah Tumpah Darahku.

Mereka yang dipilih untuk lakukan sepakan penalti. Seperti ada nama-nama yang terbayang-bayang seperti pencipta hatrik Sukan Sea 2013, Hazwan Bakri. Tak lupa mereka yang berpotensi seperti Azrif NasrulHaq dan D.Saarvindran [yang bekerja keras], Ashri Chuchu [yang tidak diturunkan], Wan Zack Haikal [yang cedera dan tidak bersama team kali ni], Nasir Baharuddin [dikeluarkan pada separuh masa kedua].

Namun, memang kite jangkakan sepakan penalti akan disempurnakan dengan baik oleh Rozaimi Rahman dan Nazmi Faiz Mansor.

Sebenarnya kite melihat Fadhli Shas punya pengalaman dan attitude yang baik. Mungkin dia boleh memimpin Harimau Muda.

Kurnia Meiga [goalkeeper Indonesia], 23 memang kapten pasukan dan penjaga gawang yang baik. Dia tenang. Mungkin kerana pengalaman. Dia bukan calang2 orangnya. Pernah menjadi Pemain Terbaik ISL dengan menewaskan nama2 besar. Merupakan adik kepada Achmad Kurniawan, penjaga gawang Semen Padang.

Bila teringatkan perlawanan Malaysia dan Indonesia yang sering berakhir dengan penentuan penalti, kite rasa dejavu. Cuma dulu lebih berkobar-kobar. Baddrul Bakhtiar si kapten yang memiliki sepakan percuma yang cantik merupakan antara arkitek perlawanan yang kite kira agak baik.

Penalti dan penjaga gawang. Khairul Fahmi ada kelebihan dalam membaca minda dan mengagak sepakan when it's comes to penalty. Izham Tarmizi sebenarnya memberikan persembahan yang agak baik kalau diukur untuk sepanjang perlawanan di Sukan Sea kali ini.

Pengalaman dan keazaman yang jitu akan mematangkan corak permainan team Harimau Muda. Semoga mereka bermain sebagai satu pasukan dengan baik. Kerana bola sepak adalah teamwork. Sometimes, we dont need a star in the team, we just need a group of people who working hard together for the pride of family. #TanahTumpahDarahku.

p.s : Priority #1 God

# Two things scare me. The first is getting hurt. But that's not nearly as scary as the second, which is losing.[Lance Armstrong]

# The rules of soccer are very simple, basically it is this: if it moves, kick it. If it doesn’t move, kick it until it does. [Phil Woosnam]

# If you’re in the penalty area and don’t know what to do with the ball, put it in the net and we’ll discuss the options later. [Bob Paisley]

# Winning isn't everything, but the will to win is everything. [Vince Lombardi]

# Experience tells you what to do; confidence allows you to do it. [Stan Smith]

# The person that said winning isn't everything, never won anything. [Mia Hamm]

# Losing a game is heartbreaking. Losing your sense of excellence or worth is a tragedy.
[Joe Paterno]

annyeong. Salam indah dari kite ~

Nov 18, 2013

Hakimi Arfan & Hanania Tihani

Assalam,
Dear all my chagiya,


"Sister by chance, friends by choice."

Sebenarnya sampai sekarang, bila difikir-fikir kadang-kadang masih terselit rasa tak percaya, kawan kami si Eyda ni dah jadi mama pun Oct 3, 2013. Hakimi Arfan bin Mohd Hafizuddin lahir dengan berat 2.35 kg di Hospital AlorSetar.

Kami kenal masa Diploma Sains Komputer di UiTM Lendu, Melaka hujung tahun 2005. Mula rapat selepas jadi roommate pada semester kedua. Kemudian buat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat di UiTM Shah Alam pula dan jadi housemate.

Lepas tu, masing2 kerja dan terpisah. Kadang2 kami still ber'chit-chat' di whatsapp dalam group 'SisFrenz' kami. Sabtu lepas, kali pertama jumpa Kimi yang berkemungkinan besar akan jadi mamat utara. Papa nya speaking Kedah saja.






Seorang lagi housemate kami masa di Shah Alam yang juga rakan sekelas ketika diploma, Aar pun dah selamat melahirkan baby perempuan, Hanania Tihani binti Mohd Nazri (3.26 kg) pada Nov 8, 2013 Masih belum sempat menjenguk Aar. InsyaAllah, ada kelapangan nanti.



p.s : Kiranya sepasang lah 'anak buah' kite tahun ni,

annyeong...salam indah dari kite ~

Larian Untukmu Gaza

Assalam,
Dear all my chagiya,

Happy bila dapat involved dalam activity macam ni. Walaupun, kite mungkin tak mampu sedekahkan wang berjuta-juta. Tapi, setiap keringat dan tulang 4 kerat ni masih banyak gunanya.




p.s : berjaya sempurnakan 10km kedua selepas Standard Chartered KL Marathon 2013. Next is TM Fan Run :D

annyeong... salam indah dari kite.